PROGRAM TAJAAN HUFFAZ

Menumpang Mahkota Di Syurga

Pendidikan Tahfiz menyediakan asas yang kukuh dalam mengembangkan ilmu, potensi, & kemahiran anak-anak untuk membaca, menghafaz dan memahami al-Quran, secara langsung akan membentuk keperibadian generasi individu Al-Hafiz yang soleh, bertanggungjawab, serta berakhlak mulia.

Di MTMF, usaha pendidikan secara percuma sehingga kini masih diteruskan, dan 40% daripada barisan pelajar kami merupakan anak yatim / dari keluarga asnaf.

Setiap pelajar yang berdaftar di Maahad kami telah melalui suatu sistem pemilihan yang ketat bagi memastikan bahawa setiap pelajar yang dipilih memiliki; 

1. Akhlak yang mulia.

2. Keikhlasan untuk mengikut laluan Tahfiz

3. Minat yang mendalam untuk mempelajari ilmu Al-Quran

4. Cita-cita untuk menjadi Al-Hafiz dan ahli agamawan yang berjaya

Oleh itu, kami di pihak MTMF ingin berkongsi tajaan para huffaz dengan harapan bukan sahaja untuk merapatkan jurang ekonomi dan pendidikan anak-anak ini, tetapi juga sebagai suatu bentuk nilai tambah kepada motivasi dan semangat anak-anak ini untuk menghabiskan pengajian Tahfiz dan kembali menabur bakti kepada masyarakat umum.

Melalui program ini, pihak penyumbang akan berpeluang untuk sama-sama menaja secara langsung pendidikan pelajar kami.

Sokongan semua amatlah penting dan bermakna bagi menampung perbelanjaan utama di MTMF seperti berikut;

🎓 Kos Pendidikan

👕 Kelengkapan Asas

🍗 Makanan Yang Sihat

🛏️ Penginapan

💼 Pentadbiran & Logistik

Dengan menjadi ahli Program Tajaan Huffaz, anda akan dapat keberkatan dan manfaat dari merealisasikan hasrat anak-anak ini untuk mendapatkan peluang yang sama seperti pelajar-pelajar lain, iaitu untuk menjadi seorang Al-Hafiz & Dai’e yang pada akhirnya mampu menyumbang kepada pembangunan  negara dan kesejahteraan ummah. 

Harapan MTMF, melalui Program Tajaan Hufaz ini dapat membuka peluang perkongsian sebagai penumpang Mahkota Di Syurga dengan izin Allah S.W.T di samping memberi manfaat bersama seperti berikut :-

  • 1.

    Membina ukhuwah secara langsung dengan pelajar yang dibantu serta keluarganya

  • 2.

    Meluangkan masa bersama seperti anak sendiri dengan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa

  • 3.

    Terima laporan prestasi secara berkala & dapat berikan motivasi kepada pelajar tajaan

  • 4.

    Membina ukhuwah bersama dengan perserta-perserta dalam program ini

  • 5.

    Menyumbang buah fikiran & idea positif untuk kebaikan MTMF

Berminat untuk menaja salah seorang pelajar kami?

Infaq Bersama MTMF

Jadilah pelabur akhirat yang bijak dan raih ganjaran pahala berpanjangan dengan menyumbang kepada perkembangan pendidikan Al-Quran berkualiti di MTMF